jump to navigation

:: Satu Permulaan :: July 25, 2008

Posted by :: the enunness :: in :: Bila Hati Berbicara ::.
Tags: , , , , , , ,
trackback

Seandainya :-

  • Siti Nurhaliza boleh menjadi Datuk Siti..
  • Bank Pertanian boleh berubah rupa menjadi Agro Bank..
  • David Teo boleh berlakon watak penjual barangan jualan langsung
  • Berita Harian boleh menjadi lebih terampil..(zaman dah berubah,dunia dah maju..kihkih =p)

dan……….

  • Cik Gayah mampu memiliki blog sendiri
  • Mak Munah sering memberi komen atas penulisan Cik Gayah
  • Cik Kiah rajin memuatnaik gambar-gambar terbaru semasa parti “Tupperware”
  • Cik Senah pula kerapkali memuatturun gambar-gambar dari blog Cik Kiah

Justeru….

Cik Siti Ainun Mardiah Bt Jamaludin juga mahu melakukan sesuatu dalam hidupnya. Ya, inilah satu permulaan dalam menceburi dunia baru, hidup yang baru dan dimensi baru. Mungkin benar seperti yang diperkatakan dalam iklan Berita Harian…

“Zaman dah berubah, dunia dah maju”

Sementelah itu(cheh~), peluang seperti ini tidak harus disia-siakan. Aku mahukan sesuatu dalam hidupku. Bukan hanya membuang waktu menunggu siang menjadi malam dan malam menggantikan siang. Setelah sekian lama menanti mood datang menjengah, naahh kini tiba masanya untuk aku mengungkap apa sahaja yang singgah di benak fikiranku. Apa pula kata hatiku? Hati ini walau pernah dilukai, namun kini tabah jua menghadapi. Semoga bingkisan madah yang bakal kutitipkan akan menjadi titik permulaan dalam melalui liku-liku kehidupan bersandarkan harapan, impian, cita-cita dan cinta yang suci(wahh~).

Terima kasih buat insan-insan yang berada di sisi saat diriku memerlukanmu. Tiada yang lebih indah selain dapat bersama dengan insan-insan tersayang yang selalu mendorongku tika aku jatuh, yang selalu hadir tika aku sepi, yang sering menyedarkan aku tika aku terlupa, yang akan menitipkan senyuman tika aku terluka, yang mewarnai setiap mimpi-mimpiku dan yang akan sentiasa setia dalam perhubungan meski badai melanda. Susungguhnya anda diibaratkan seperti minyak petrol yang mahal dan tinggi nilainya (mane pernah petrol turun harga kan..hehe) tetapi menjadi tunjang dalam jalan kehidupanku, yang menjadi bahan yang membakar segenap semangatku, yang menjadi keutamaanku (walaupun sekarang terdapat NGV, namun petrol tetap di hati..hahaha)..

:: dont leave me in the dark...!! ::

:: Touch my heart :: Feel my pain :: Hold me tight :: Make me smile ::

:: And I will love you forever :::

Comments»

1. ezrilakma - July 25, 2008

ayat 5 bintang =)
bukit bintang pun x cukup bintang camnie ;)

2. musewilly - July 27, 2008

dashat la cik enun kite ni..tahi bintang pun x ckp jugak..hahahahahahahahahaha

3. a K i - July 27, 2008

we ayat cam majalah mangga ja

4. :: the enunness :: - July 28, 2008

hahaha..mangga??sedap x majalah tuh??ngahh~